Kadar komisyen affiliate
Ini kadar semasa program. Ia terpakai sehingga dikemas kini,
dan setiap kemas kini hanya terpakai kepada jualan selepas tarikh perubahan.
40%
Kami kongsi 40% daripada komisyen
yang kami terima bagi setiap jualan yang datang melalui link anda.
Untuk anda, itu bersamaan
10% daripada sumbangan pelanggan.
Polisi RM100
anda dapat RM10.00
Rombongan 40 orang
anda dapat RM400.00
Pecahan ikut syarikat
| Produk | Anda dapat | Contoh polisi RM100 |
| Etiqa Takaful |
10% daripada sumbangan |
RM 10.00 |
| Takaful IKHLAS |
10% daripada sumbangan |
RM 10.00 |
| Zurich Takaful |
10% daripada sumbangan |
RM 10.00 |
Roadtax & takaful motor
Link roadtax anda membawa komisyen juga. Kadarnya lain daripada travel kerana
komisyen agensi bagi takaful motor memang lebih rendah.
Anda terima 25%
daripada komisyen yang kami terima, bersamaan
2.5% daripada premium takaful.
| Syarikat | Anda dapat | Contoh premium RM1,200 |
| Etiqa Takaful |
2.5% daripada premium |
RM 30.00 |
| Syarikat Takaful Malaysia |
2.5% daripada premium |
RM 30.00 |
| Takaful IKHLAS |
2.5% daripada premium |
RM 30.00 |
| Zurich Takaful |
2.5% daripada premium |
RM 30.00 |
- Cukai jalan tidak dikira. Duit cukai jalan masuk ke kerajaan dan fi MyEG
bukan pendapatan kami, jadi tiada komisyen padanya. Komisyen dikira atas
premium takaful sahaja, sebelum SST dan duti setem.
- Jualan motor ditutup atas WhatsApp, bukan di halaman itu. Halaman roadtax cuma
memberi julat anggaran. Jadi komisyen anda muncul selepas jualan benar-benar jadi dan
premium sebenar direkod, bukan pada saat rujukan masuk.
- Selepas itu ia mengikut kitaran bayaran yang sama, setiap dua minggu, ke akaun bank
yang sama.
Fire takaful (rumah)
Link rumah anda membawa komisyen juga. Kadarnya lain daripada travel dan motor
kerana komisyen agensi bagi takaful kebakaran memang berbeza.
Anda terima 25%
daripada komisyen yang kami terima, bersamaan
3.75% daripada caruman.
| Pengendali | Anda dapat | Contoh caruman RM450 |
| Takaful IKHLAS |
3.75% daripada caruman |
RM 16.88 |
- Duti setem dan cukai tidak dikira. Duti setem RM10 dan cukai perkhidmatan 8%
bukan pendapatan kami, jadi tiada komisyen padanya. Komisyen dikira atas
caruman sahaja.
- Jualan rumah ditutup atas WhatsApp, bukan di halaman itu. Halaman fire mengira
caruman dari kadar rasmi pengendali, tetapi jumlah dilindungi yang pelanggan taip
ialah anggaran dia sendiri dan ia selalunya berubah selepas rumah disemak. Jadi
komisyen anda muncul selepas jualan benar-benar jadi dan caruman sebenar direkod,
bukan pada saat rujukan masuk.
- Selepas itu ia mengikut kitaran bayaran yang sama, setiap dua minggu, ke akaun bank
yang sama.
Cara ia dikira (travel takaful)
- Pelanggan membeli melalui link rujukan anda dan membuat pembayaran penuh.
- Duti setem ditolak dahulu. Sumbangan melebihi RM150 termasuk duti setem RM10
yang dikenakan kerajaan. Duti itu bukan pendapatan MUHAZU, jadi ia tidak dikira
dalam komisyen sesiapa. Sumbangan RM150 ke bawah tidak dikenakan duti setem.
- MUHAZU menerima komisyen agensi daripada pengendali takaful atas baki itu.
- Anda menerima 40%
daripada komisyen itu, dibayar terus ke akaun bank anda.
Bila anda dibayar
- Setiap dua minggu, bagi semua komisyen yang sudah layak. Tiada jumlah minimum,
dan anda tidak perlu memohon.
- Bayaran masuk terus ke akaun bank yang anda berikan semasa mendaftar.
Kalau butiran itu belum lengkap, komisyen anda terkumpul dan dibayar dalam
kitaran berikutnya selepas anda melengkapkannya.
- Kalau pelanggan membatalkan dan mendapat bayaran balik, komisyen bagi jualan itu
ditarik balik. Ini jarang berlaku, tetapi anda berhak tahu lebih awal.
Nombor di halaman ini dibaca terus daripada sistem yang membuat pembayaran,
jadi ia sentiasa sepadan dengan apa yang anda benar-benar terima.
Terma penuh program ada di halaman terma,
versi 1.3.