MUHAZU Global

Daftar sebagai agent affiliate

Kongsi satu link kepada pelanggan anda. Bila mereka beli, anda dapat komisyen.

40%
Kami kongsi 40% daripada komisyen yang kami terima bagi setiap jualan yang datang melalui link anda.
Untuk anda, itu bersamaan 10% daripada sumbangan pelanggan.
Polisi RM100 anda dapat RM10.00
Rombongan 40 orang anda dapat RM400.00

Dikira selepas ditolak duti setem RM10 bagi sumbangan melebihi RM150. Duti setem itu cukai kerajaan, bukan pendapatan kami. Dibayar setiap dua minggu terus ke akaun bank anda, tiada jumlah minimum.

Anda merujuk travel takaful daripada Etiqa Takaful, Takaful IKHLAS, Zurich Takaful
Tiada kos penyertaan · tiada kuota · tiada stok Pecahan penuh ikut syarikat ›

Ada soalan sebelum mendaftar? WhatsApp kami dan kami jawab terus.

Isi maklumat di bawah. Anda akan terus dapat link rujukan sendiri untuk dikongsi kepada pelanggan.

1. Maklumat anda
Ikut nama dalam kad pengenalan.
Diperlukan untuk rekod pembayaran komisyen dan pelaporan cukai. Bukan warganegara boleh isi nombor pasport.
Untuk penyata komisyen tahunan.
Membantu kami tahu bahan promosi jenis apa yang patut disediakan untuk anda.
Ini bahagian hujung link anda. Biar kosong, kami jana dari nama syarikat anda.
2. Akaun untuk terima komisyen

Ke sinilah komisyen anda dikredit. Boleh dilangkau sekarang dan diberi kemudian, tetapi kami tidak boleh membuat bayaran sehingga ia lengkap.

Biar kosong kalau sama dengan nama anda di atas. Isi hanya kalau akaun itu atas nama syarikat atau orang lain.
3. Persetujuan

Sila baca terma penuh di bawah sebelum menanda kotak persetujuan. Anda akan diberi salinan untuk disimpan sebaik pendaftaran selesai.

Terma Program Affiliate Versi 1.3 · 23 September 2026

1. Kedudukan anda dalam program ini

  1. Anda menyertai program ini sebagai perujuk bebas. Anda bukan pekerja, bukan wakil, dan bukan ejen MUHAZU Global mahupun mana-mana pengendali takaful.
  2. Anda tidak berhak mewakili MUHAZU Global dalam apa-apa urusan. Anda tidak boleh membuat perjanjian, janji atau komitmen bagi pihak kami atau bagi pihak pengendali takaful.
  3. Program ini tidak mewujudkan hubungan pekerjaan, perkongsian atau usaha sama. Anda tidak berhak kepada gaji, KWSP, PERKESO, cuti atau apa-apa faedah pekerja.

2. Apa yang MUHAZU beri anda

Kadar komisen semasa bagi setiap produk, dengan contoh dalam ringgit, diterbitkan di halaman kadar program. Kadar itu terpakai sehingga ia dikemas kini, dan setiap kemas kini hanya terpakai kepada jualan selepas tarikh perubahan.

  1. Kongsi komisen bagi setiap jualan yang datang melalui link rujukan anda.
  2. Bayaran setiap dua minggu, terus ke akaun bank anda. Tiada jumlah minimum, dan tiada keperluan untuk anda memohon.
  3. Tiga link rujukan peribadi di bawah satu kod yang sama: satu untuk travel takaful, satu untuk roadtax dan takaful motor, dan satu untuk fire takaful rumah. Pengesanan automatik pada ketiga-tiganya, anda tidak perlu merekod atau melaporkan apa-apa sendiri.
  4. Bahan promosi rasmi yang boleh anda kongsi terus tanpa perlu menulis apa-apa.
  5. Sokongan WhatsApp untuk sebarang soalan tentang produk atau komisen anda.
  6. Tiada kos penyertaan, tiada kuota jualan, dan tiada stok untuk dibeli. Anda tidak berhutang apa-apa kepada kami sekiranya anda tidak membuat satu jualan pun.

3. Apa yang anda boleh buat

  1. Berkongsi link rujukan anda kepada sesiapa yang mungkin berminat.
  2. Memberitahu orang bahawa MUHAZU Global menawarkan travel takaful, roadtax dan takaful motor, serta fire takaful untuk rumah.
  3. Menggunakan bahan promosi rasmi yang kami sediakan, tanpa diubah.

4. Apa yang anda tidak boleh buat

Ini bahagian paling penting. Melanggar mana-mana satu boleh menyebabkan komisen ditahan dan penyertaan ditamatkan serta-merta.

  1. Jangan beri nasihat takaful. Jangan cadangkan pelan mana yang sesuai untuk seseorang, jangan tafsir apa yang dilindungi atau tidak dilindungi, dan jangan bandingkan produk bagi pihak pelanggan. Di Malaysia, hanya orang yang berdaftar dengan pengendali takaful dibenarkan berbuat demikian.
  2. Jangan beri sebut harga atau janji perlindungan. Jangan sebut harga sendiri. Jangan janji sesuatu tuntutan akan dibayar. Jangan kata sesuatu keadaan "mesti dilindungi". Semua maklumat perlindungan datang daripada dokumen rasmi pengendali takaful.
  3. Jangan janjikan harga kalkulator sebagai harga muktamad. Julat pada halaman roadtax ialah anggaran yang diterbitkan daripada rekod polisi kami sendiri, bukan sebut harga. Harga sebenar hanya sah selepas disahkan oleh pengendali takaful. Jangan kata kepada sesiapa bahawa dia "akan dapat" harga itu.
  4. Jangan kutip bayaran daripada pelanggan. Pelanggan membayar terus kepada MUHAZU Global atau pengendali takaful. Jangan sekali-kali menerima wang tunai, deposit atau pindahan daripada pelanggan untuk produk ini, walaupun mereka menawarkan untuk memudahkan urusan.
  5. Jangan isi borang bagi pihak pelanggan. Pelanggan mesti mengisi dan menghantar maklumat mereka sendiri. Maklumat yang salah atau tidak lengkap boleh menyebabkan tuntutan mereka ditolak kemudian, dan itu tidak boleh dibaiki selepas kejadian berlaku.
  6. Jangan mengaku sebagai MUHAZU Global. Jangan gunakan nama, logo atau identiti kami seolah-olah anda sebahagian daripada syarikat. Jangan cipta halaman media sosial, laman web atau akaun yang menggunakan nama kami.
  7. Jangan nyatakan kadar komisen anda sebagai diskaun atau rebat kepada pelanggan. Komisen anda adalah antara anda dan kami. Menawarkan sebahagian daripadanya kepada pelanggan untuk menutup jualan adalah rebat, dan itu dilarang.
  8. Jangan ubah atau reka bahan promosi. Jangan cipta iklan, poster, video atau kandungan yang membuat dakwaan tentang perlindungan atau ganjaran tanpa kelulusan bertulis daripada kami.
  9. Jangan hantar mesej pukal yang tidak diminta. Jangan beli senarai nombor. Patuhi undang-undang berkaitan komunikasi dan pemasaran.
  10. Jangan beriklan berbayar menggunakan nama MUHAZU Global atau nama pengendali takaful sebagai kata kunci, tanpa kebenaran bertulis daripada kami.

5. Maklumat pelanggan

  1. Kalau pelanggan berkongsi maklumat peribadi dengan anda, anda hanya boleh menggunakannya untuk merujuk mereka kepada kami.
  2. Jangan simpan, jual, kongsi atau guna semula maklumat itu untuk tujuan lain. Ini kewajipan anda di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
  3. Kalau anda menyedari maklumat pelanggan telah bocor atau disalahgunakan, beritahu kami dengan segera.

6. Bagaimana komisen dikira dan dibayar

  1. Travel takaful. Komisen dikira hanya apabila kesemua tiga perkara ini berlaku: pelanggan datang melalui link rujukan anda, pelanggan membuat pembayaran penuh, dan sijil dikeluarkan.
  2. Roadtax dan takaful motor. Halaman roadtax hanya memberi julat anggaran, dan jualan sebenar ditutup selepas itu melalui WhatsApp. Rujukan sahaja belum lagi jualan. Komisen dikira apabila pelanggan datang melalui link rujukan anda, jualan benar-benar ditutup, dan premium sebenar direkod oleh MUHAZU Global.
  3. Fire takaful (rumah). Halaman fire mengira caruman dari kadar rasmi pengendali, tetapi jumlah dilindungi yang pelanggan taip di situ ialah anggaran dia sendiri, dan ia selalunya berubah selepas rumah disemak. Jualan sebenar ditutup selepas itu melalui WhatsApp. Rujukan sahaja belum lagi jualan. Komisen dikira apabila pelanggan datang melalui link rujukan anda, jualan benar-benar ditutup, dan caruman sebenar direkod oleh MUHAZU Global.
  4. Komisen anda ialah sebahagian daripada komisen yang MUHAZU terima daripada pengendali takaful bagi jualan itu. Kadar semasa diterbitkan di halaman kadar program.
  5. Travel: duti setem ditolak dahulu. Sumbangan melebihi RM150 termasuk duti setem RM10 yang dikenakan kerajaan. Duti itu bukan pendapatan MUHAZU, jadi ia ditolak sebelum komisen dikira. Sumbangan RM150 ke bawah tidak dikenakan duti setem.
  6. Roadtax dan motor: komisen dikira atas premium takaful sahaja. Cukai jalan ialah duit kerajaan dan fi MyEG bukan pendapatan kami, jadi kedua-duanya tidak membawa komisen kepada sesiapa. SST dan duti setem juga ditolak. Yang tinggal, iaitu premium takaful, itulah asas pengiraan.
  7. Fire: komisen dikira atas caruman sahaja. Duti setem RM10 dan cukai perkhidmatan 8% bukan pendapatan MUHAZU, jadi kedua-duanya ditolak sebelum komisen dikira. Caruman yang tinggal itulah asas pengiraan.
  8. Kadar berbeza antara produk. Komisen agensi berbeza bagi setiap produk, jadi kadar setiap produk diterbitkan berasingan di halaman kadar program. Baca halaman itu sebelum membuat apa-apa unjuran pendapatan sendiri.
  9. Bayaran dibuat setiap dua minggu bagi semua komisen yang sudah layak, terus ke akaun bank yang anda berikan. Tiada jumlah minimum.
  10. Bayaran hanya boleh dibuat setelah butiran akaun bank anda lengkap. Kalau ia belum diberi, komisen anda terkumpul dan dibayar dalam kitaran berikutnya selepas anda melengkapkannya.
  11. Anda bertanggungjawab memastikan butiran bank itu betul dan terkini. Kami tidak bertanggungjawab atas pemindahan yang gagal atau tersalah masuk akibat butiran yang anda berikan.
  12. Rekod MUHAZU Global ialah rekod muktamad untuk menentukan pelanggan mana datang melalui link anda.
  13. Link anda diingat dalam browser pelanggan selama 30 hari selepas mereka klik. Kalau pelanggan bertukar peranti, membersihkan browser, atau menghubungi kami secara terus, rujukan itu mungkin tidak dapat dikesan dan komisen tidak terpakai.
  14. Ingatan 30 hari itu dikongsi antara ketiga-tiga link anda. Pelanggan yang masuk melalui link fire anda dan kemudian membeli travel takaful dalam tempoh itu tetap dikira rujukan anda, dan begitu juga mana-mana gabungan lain antara ketiga-tiga produk.
  15. Kadar komisen boleh berubah. Perubahan hanya terpakai kepada jualan selepas tarikh perubahan, bukan ke belakang.
  16. Tarik balik. Kalau pelanggan membatalkan, mendapat bayaran balik, atau kalau komisen kami ditarik balik oleh pengendali takaful atas apa-apa sebab, komisen berkenaan ditarik balik daripada anda. Kalau ia sudah dibayar, ia ditolak daripada bayaran akan datang atau perlu dipulangkan kepada kami.
  17. Kami boleh menahan bayaran sementara siasatan dijalankan sekiranya ada sebab munasabah untuk mengesyaki penipuan atau pelanggaran terma ini.

7. Cukai dan caruman

  1. Komisen adalah pendapatan anda. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk melaporkannya dan membayar cukai anda sendiri.
  2. Kami mungkin dikehendaki oleh undang-undang menyediakan penyata tahunan, contohnya Borang CP58, kepada anda dan kepada LHDN. Anda bersetuju memberi maklumat yang diperlukan untuk tujuan itu.

8. Tanggung rugi

  1. Sekiranya anda melanggar terma ini, atau melanggar undang-undang semasa mempromosikan produk kami, dan MUHAZU Global menanggung kerugian, tuntutan, denda atau kos guaman akibatnya, anda bersetuju menanggung kerugian itu dan memulangkannya kepada kami.
  2. Ini termasuk tuntutan yang dibuat oleh pelanggan berdasarkan sesuatu yang anda katakan, janjikan atau nyatakan kepada mereka.

9. Had tanggungan kami

  1. Tanggungan MUHAZU Global kepada anda di bawah program ini terhad kepada jumlah komisen yang sah dan masih belum dibayar kepada anda.
  2. Kami tidak bertanggungjawab atas kehilangan keuntungan, kehilangan peluang, atau apa-apa kerugian tidak langsung.
  3. Kami tidak menjamin apa-apa jumlah jualan, bilangan rujukan atau pendapatan daripada program ini. Contoh dalam bahan promosi kami adalah pengiraan, bukan janji pendapatan.

10. Penamatan

  1. Anda boleh berhenti bila-bila masa dengan memberitahu kami.
  2. Kami boleh menamatkan penyertaan anda bila-bila masa, dengan atau tanpa sebab, dengan menyahaktifkan link rujukan anda.
  3. Sekiranya penamatan bukan kerana pelanggaran terma, komisen yang sudah layak sebelum tarikh penamatan tetap dibayar dalam kitaran bayaran berikutnya.
  4. Sekiranya penamatan berlaku kerana pelanggaran terma, komisen yang belum dibayar boleh ditahan.
  5. Selepas penamatan, berhenti menggunakan kesemua link rujukan anda dan semua bahan promosi kami.

11. Pindaan terma

  1. Kami boleh mengemas kini terma ini dari semasa ke semasa. Versi terkini sentiasa boleh dibaca di halaman terma program.
  2. Sekiranya anda terus menggunakan link rujukan anda selepas terma dikemas kini, itu bermakna anda menerima versi yang baharu.

12. Undang-undang

  1. Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.
  2. Mahkamah Malaysia mempunyai bidang kuasa ke atas apa-apa pertikaian yang timbul daripada program ini.

Kadar komisen semasa diterbitkan di
https://muhazuglobal.com/travel/agent/kadar.php

Buka terma dalam tab baharu ›

Sesuai untuk siapa?

Program ini direka untuk orang yang sudah berhubung dengan pelancong setiap hari. Anda tidak perlu mencari pelanggan baharu. Anda cuma menawarkan sesuatu yang mereka memang perlukan sebelum berlepas.

Bagaimana ia berfungsi

  1. Daftar dan terus dapat link rujukan peribadi anda.
  2. Kongsi link itu kepada pelanggan, dalam group rombongan, atau di bio media sosial.
  3. Pelanggan pilih pelan sendiri dan membayar terus kepada kami.
  4. Komisyen anda dikira automatik dan dibayar setiap dua minggu ke akaun bank anda.

Soalan lazim

Saya kerja di agensi pelancongan. Boleh saya sertai program ini?

Boleh. Program ini memang sesuai untuk orang yang sudah berurusan dengan pelancong setiap hari, seperti staf admin agensi pelancongan, tour leader, dan pengurus rombongan. Anda tidak perlu berhenti kerja atau mengubah tugas anda. Anda hanya kongsi link kepada pelanggan yang memerlukan perlindungan perjalanan.

Perlukah saya ada lesen takaful untuk menyertai?

Tidak. Anda menyertai sebagai perujuk bebas, bukan ejen takaful. Anda tidak dibenarkan memberi nasihat takaful, menyebut harga sendiri, atau menjanjikan perlindungan. Semua urusan itu dikendalikan oleh MUHAZU Global dan pengendali takaful.

Berapa komisyen yang saya terima?

Anda menerima 40% daripada komisyen yang MUHAZU terima bagi setiap jualan melalui link anda. Untuk anda, itu bersamaan kira-kira 10% daripada sumbangan pelanggan. Polisi RM100 memberi anda RM10, dan rombongan 40 orang memberi anda RM400.

Ada kos untuk menyertai?

Tiada. Tiada yuran pendaftaran, tiada kuota jualan bulanan, dan tiada stok untuk dibeli. Kalau anda tidak membuat satu jualan pun, anda tidak berhutang apa-apa kepada kami.

Bila dan bagaimana saya dibayar?

Bayaran dibuat setiap dua minggu, terus ke akaun bank yang anda berikan semasa mendaftar. Tiada jumlah minimum dan anda tidak perlu memohon.

Berapa lama link rujukan saya dikesan?

Link anda diingat dalam pelayar pelanggan selama 30 hari selepas mereka klik. Kalau pelanggan bertukar peranti, membersihkan pelayar, atau menghubungi kami secara terus, rujukan itu mungkin tidak dapat dikesan.

Berapa lama masa diperlukan untuk mendaftar?

Kira-kira dua minit. Anda terus menerima link rujukan sendiri sebaik borang dihantar, dan boleh mula berkongsi hari itu juga.

Daftar sekarang, atau lihat kadar komisyen penuh dahulu.